mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am Kpg Judan, Mukah

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kampung Judan merupakan satu pusat yang menghubungkan penduduk Kampung Judan kepada dunia IT dan internet. Ia juga merupakan satu tempat yang sering dikunjungi oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah setelah selesai sesi persekolahan dan juga pada masa cuti sekolah. Selain pelajar, golongan belia dan dewasa juga kerap ke pusat internet untuk mengakses internet dan juga menerima perkhidmatan yang disediakan seperti cetakan, imbasan dokumen dan fotokopi. Ada juga indoor game yang pihak pusat internet sediakan seperti permainan carom. Pada tahun 2022 ini Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kampung Judan akan memfokuskan juga latihan dan kelas untuk usahawan-usahawan mikro di sekitar Kpg Judan Mukah.

Kpg Judan juga adalah di dalam Adun N.57 Telian di bawah naungan Yang Berhormat Encik Royston Valentine.