mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Julai – Program Dashboard Komuniti

Tarikh   : 16 Julai 2017  

Masa    : 8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi   : Pusat Ekonomi Digital Kampung Judan

Peserta  : 23 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan aplikasi Dashboard kepada komuniti kampung. 

 

Aktiviti 

Aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan (menggunakan peralatan I-Health). 2 sesi pemeriksaan kesihatan (Pagi & Tengahari). Pemeriksaan tekanan darah dan berat badan. Maklumat berkenaan tekanan darah dimuat naik ke dalam akaun Dashboard masing-masing. Asas penghasilan video (permulaan sehingga pengakhiran). Petugas memberikan gambaran dan penerangan kepada peserta mengenai cara, maklumat dan teknik penghasilan video. Penerangan Dashboard Komuniti diberikan kepada pengunjung yang hadir. Mereka juga dipelawa untuk memuat turun aplikasi mobile dashboard komuniti ke dalam telefon bimbit mereka. Sebanyak 23 muat turun berjaya pada hari tersebut. Penerangan diberikan kepada pengunjung mengenai MyShop dan mereka dipelawa untuk meneroka dan memuat naik produk (muat naik produk oleh usahawan) ke dalam MyShop.