KISAH KEJAYAAN ONLINE (1)
USAHAWAN MEKANIK BENGKEL KERETA
UMUR : 36 thn AHLI : 2019 |
Latar Belakang
Merupakan seorang usahawan muda yang berasal dari Kampung Tellian Mukah yang pada mulanya hanya membuka bengkel motosikal kecil-kecilan di rumah. Minat dalam bidang mekanik , membaik pulih motosikal dan kereta amatlah tinggi.
Sebelum penglibatan ICT / penglibatan PEDi
Perniagaannya hanya dikunjungi oleh sanak saudara, orang kampung yang berdekatan.
Selepas penglibatan ICT / penglibatan PEDi
Melalui banyak pendedahan dari petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Judan seperti, mengiklankan servis beliau di aplikasi whatsapp, melalui facebook perniagaan beliau mula mendapat tempat di hati penduduk kampung dan sekitar Mukah. Kini beliau telah mampu meyewa tapak rumah lama yang lebih luas dan membuka bengkel kereta sendiri di Skim Penempatan Semula Kpg Kuala Lama Mukah.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
– Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp
– Mempelajari cara untuk mempromosikan perniagaan
– Mencari peluang bantuan dan geran dari badan -badan kerajaan
– Mempelajari cara-cara membaiki kereta melalui aplikasi youtube