mcmc
Keselamatan

Keselamatan

Ibupejabat Polis Daerah Mukah

IPD Mukah terletak di Bandar Mukah dan jaraknya kira-kira 10km dari Kampung Judan, Mukah. IPD Mukah bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam di Mukah. Pihak polis sentiasa mengetatkan kawalan dan rondaan bersepadu di seluruh kawasan Mukah bagi mengurangkan kes-kes jenayah. Terdapat beberapa unit seperti Unit Pengurusan, Unit Trafik, Unit Narkortik dan Unit Siasatan Jenayah. Ketua Polis di IPD Mukah ialah DSP Omar Bakhtiar b. Yaacob.

Alamat : Ibupejabat Polis Daerah Mukah, Jalan Haji Mohamad Pauzi, 96400 Mukah, Sarawak.

      • No.Tel: 084-871222
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah
  • Kampung Judan juga berdekatan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Jarak antara kampung dengan Jabatan Bomba ialah kira-kira 10km.
  • Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Judan Hilir dan Kampung Judan Hulu
  • KRT kawasan ini terbahagi kepada dua.KRT Kampung Judan Hilir diketuai oleh Encik Hazemi Bin Mirad,manakala KRT Judan Hulu pula diketuai oleh Puan Saripah Mordiah Binti Tuanku Ahmad.KRT Kampung Judan Hilir dan Kampung Judan Hulu dianggotai seramai 25 orang ahli.
  • Pasukan Sukarelawan Rakyat (RELA)

Kampung Judan mempunyai pasukan RELA yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman dan keselamatan penduduk di sekitar Kampung Judan.