KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SMK THREE RIVERS, MUKAH
“Kawalan Kendiri dan Pemikiran Kritis Untuk Remaja”
📅 Tarikh: 9 September 2025 (Selasa)
📍 Lokasi: SMK Three Rivers, Mukah
🎯 Jumlah Pelajar: 63 orang
🎯 Objektif Modul:
✅ Memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan keselamatan Internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna Internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan Internet.
🧠 Hasil Pembelajaran:
🔒 Membezakan antara maklumat yang sahih dan palsu di Internet dengan mengenal pasti ciri-ciri fakta dan auta.
👨👩👧👦 Menilai risiko mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka dalam talian dengan memahami konsep jejak digital dan implikasinya terhadap privasi, reputasi serta kesan jangka panjang.
🚫 Mengenal pasti tanda-tanda awal proses pengantunan seksual dalam talian dan mengemukakan strategi perlindungan kendiri.
🧑🏫 Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritikal dan empati dalam membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab ketika berinteraksi di Internet.
Terdapat 3 pelajaran dan aktiviti seperti:
✅Pelajaran 1: “Fakta Atau Auta”
✅Pelajaran 2: “Detektif Jejak Digital”
✅Pelajaran 3 : “Red Flag”
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama, sokongan padu serta komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan Kempen Internet Selamat (KIS).
Sokongan daripada pihak sekolah amat bermakna dalam usaha kita bersama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan internet yang berhemah, selamat, dan bertanggungjawab. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi demi kebaikan para pelajar dan komuniti setempat.