Parlimen Belia Malaysia adalah sebuah platform yang memberi peluang kepada belia untuk memahami dan merasai secara langsung proses demokrasi serta kepimpinan negara. Melalui program ini, saya telah diberi peluang untuk berdialog dan berinteraksi dengan pelbagai pihak, memperkasa suara belia, serta membangunkan kepimpinan yang lebih matang dan bertanggungjawab.