PUSAT INTERNET (PI) Kg Judan Mukah Sarawak mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. PUSAT INTERNET merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Pusat Internet ini diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Pusat Internet Kg Judan sekarang giat melakukan program seperti Klik Dengan Bijak, Intel Easy Step, Basic Computer Class, Aplikasi-aplikasi Komputer, Internet dan yang terbaru adalah Program Dashboard . Jom ramai-ramai datang ke PUSAT INTERNET KG JUDAN MUKAH, SARAWAK. Pelbagai kemudahan menanti anda.