🛎️Urusan Pembayaran Bil di NADI Kampung Judan

💡 Info Penting Sebelum Ke NADI untuk Urusan Pembayaran Bil
Bagi memastikan proses anda berjalan lancar, sila ambil perhatian perkara berikut:
✔ Bawa bersama dokumen atau maklumat bil yang diperlukan
✔ Pastikan anda boleh mengakses perbankan dalam talian (online banking)
📌 Nota Penting:
NADI hanya menyediakan sokongan untuk pembayaran secara dalam talian.
Kami tidak menerima bayaran tunai daripada pengunjung.
Sekiranya anda ingin membuat bayaran tunai, sila lakukan di kaunter rasmi pihak penyedia bil.
🙏 Terima kasih kerana bekerjasama memastikan transaksi lebih selamat dan teratur.